Negara yang paling banyak terlibat dalam industri pengeluaran sarang burung layang-layang ini ialah Indonesia, Thailand, India, Myanmar, Kemboja dan Vietnam.
Dengan kos buruh yang rendah, Tuan-tuan tidak perlulah sakit-sakit kepala memikirkan mengapa Kopi Sarang Burung boleh dijual dengan harga serendah RM25.00 sahaja.
Sarang burung layang-layang juga mampu memulihkan penyakit asma, menambah daya ketahanan tubuh, melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan kekuatan jantung.
Ia juga boleh dijadikan sebagai makanan tambahan bagi melambatkan proses penuaan.
Bila terdapatnya Kopi Sarang Burung di pasaran, ramai yang terpinga-pinga.
Kata-kata cemuhan memang sudah dijangka sejak dari awal lagi.
Saya telah ditakdirkan lahir dan berada di tengah-tengah komuniti yang sukar menerima benda baru.
Ini semua bukanlah masalah yang terlalu besar bagi saya kerana perkara seperti ini saya telah alami semasa mula-mula memperkenalkan penternakan cacing tanah sekitar Mac 2008.