11 Mei 2009

MASALAH WANITA 5




SENGGUGUT


Bagaimana mengatasi, mengurangkan kesakitan dan mengubatinya?

  • Buah petola - masak dan makan seminggu sebelum kedatangan haid
  • Kunyit + asam jawa + gula merah - minum air rebusan selepas makan tengahari dan selepas makan malam
  • Daun kucai - buat jus dan minum 3 kali sehari semasa haid
  • Daun kemunting cina @ rumput jalang @ rumput sundal @ tapak dara @ ros pantai - rendam daun tua dalam air panas dan minum ketika sakit (sekali sehari)
  • Daun mas secotek - ambil yang tua, rendam dalam air panas dan minum ketika senggugut (dua kali sehari)
  • Pucuk rambutan - celur dan buat ulam nasi
  • Daun ati-ati @ bangun-bangun @ nilam - tumbuk lumat, tapis dan minum airnya selama tiga hari (sebelum sarapan)
  • Madu + habatussauda - ditumbuk lumat dan dicampur air panas dan minum sebelum sarapan. JANGAN MINUM SEMASA HAID
  • Daun dedap + lada sulah + bawang putih + cuka nipah - tenyeh macam bedak sejuk dan tampal pada ari-ari ketika kedatangan haid
  • Halia + kayu putih + jintan manis + kulit kayu manis - rebus dan minum ketika sakit
  • Pucuk senduduk + kunyit hidup - dikisar dan direbus dan minum ketika sakit
  • Kopi Rafflesia - minum setiap hari sebagai minuman harian sebagai suatu langkah cegah sebelum parah!

.

MASALAH WANITA 4




SENGGUGUT

Apa lagi yang menyebabkan penyakit senggugut?

  • Jangkitan kuman
  • Fibroid - ketumbuhan pada rahim dan salur peranakan
  • Dinding rahim menebal disebabkan oleh pengeluaran hormon yang tidak seimbang.
  • Endometriosis - penyebab kemandulan
  • Kitaran haid yang tidak teratur - mungkin terlalu kurus atau terlalu gemuk


.

MASALAH WANITA 3


SENGGUGUT

Mengapa dan bagaimana penyakit senggugut boleh berlaku?

Kesakitan yang dialami semasa senggugut adalah disebabkan oleh pengeluaran prostoglandin secara berlebihan.

Kesakitan ini dirasai ketika pergerakkan otot-otot rahim mengecut dengan lebih cepat.

Mungkin Kopi Rafflesia boleh membantu mengatasi penyakit ini.


.

MASALAH WANITA 2




SENGGUGUT

Penyakit ini adalah permulaan kepada penyakit medu dan uluran.

Dalam bahasa orang kampung, ia di kenali sebagai "period pain" dan dialami oleh wanita ketika kedatangan haid.

Pada peringkat permulaan dan agak ringan, senggugut boleh mendatangkan rasa sakit perut yang tidak keterlaluan.

Senggugut yang dialami pada zaman anak dara biasanya akan hilang selepas berkahwin tetapi ada juga yang kekal dan menjadi agak serius.

Senggugut boleh menjadi salah satu penyebab kemandulan.

Adalah lebih baik jika penyakit senggugut dirawat pada peringkat awal.

Mungkin Kopi Rafflesia boleh membantu.


.

MASALAH WANITA







PENYAKIT KEPUTIHAN (leuorrhea)

Jangan ambil mudah jika cik puan terkena penyakit ini.

Jika penyakit ini dibiarkan berlarutan, ia akan menyebabkan masalah dalaman lain seperti frigid.

Frigid ialah keadaan di mana vagina menjadi kurang sensitif terhadap sentuhan.

Bagi yang dah bersuami, penyakit ini dikenali juga sebagai penyakit kedinginan seks.

Penyakit keputihan juga adalah penyebab kemandulan.


RAWATAN 1

Ambil pokok herba temu kunci, temu lawak, kayu rapat, daun beluntas dan kunyit hidup.

Bahan-bahan di atas hendaklah dihiris nipis-nipis.

Rebus ramuan tadi hingga mendidih dan airnya tinggal 30% dari kandungan asal.

Air rebusan ini hendaklah diminum sekali sehari.

Setiap kali hendak minum, panaskan dahulu dan minum ketika suam.


RAWATAN 2

Ramas 10 - 20 helai daun sirih ke dalam besen yang berisi air.

Basuh vagina dengan air ini pada setiap kali selepas membuang air kecil.


RAWATAN 3

Rebus daun sirih dan minum air rebusan untuk mendapat kesan yang optimum.

Air rebusan daun sirih juga boleh membantu merawat kegatalan disekitar bahagian alat sulit akibat bakteria penyakit keputihan.



RAWATAN 4

Gunakan minyak pati daun sirih untuk disapu pada celah alat sulit bagi menghindarkan bau yang tidak menyenangkan.

Daun sirih telah terbukti mengandungi fenol yang merupakan antiseptik yang kuat.


RAWATAN 5

Air rebusan daun inai boleh juga digunakan seperti RAWATAN 3.


RAWATAN 6

Minum segelas Kopi Rafflesia pada sebelah pagi dan segelas lagi pada sebelah malam.

Selepas hari ke tujuh, minum segelas sehari sahaja secara berterusan.

Waktu yang paling sesuai meminum Kopi Rafflesia ialah pada masa perut kosong.

Cik puan dilarang sama sekali meminumnya pada masa datang bulan kerana dikhuatiri pengeluaran haid akan terhenti.




.