09 April 2009

SERAM

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.

Setiap pesakit yang ditempatkan di situ pasti akan meninggal pada setiap pagi Jumaat tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.

Perkara ini sangat membingungkan para doktor...

Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut.

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya...

Beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut.

Seorang lelaki sedang tidur di katil misteri........

Masa berputar...

Pukul 8.00am...

8.30 sehingga jam 9.00am...

Tiba-tiba...

Pintu bilik ICU itu terbuka...

Kemudian masuklah Mak Cik Bedah...

Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas pada hari Jumaat.

Masuk...

...mendekati katil keramat tersebut...

...dan terus mencabut soket eletrik untuk alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan plug vacum cleaner nya...


.

ZOO KEMAMAN






Selamat datang ke Zoo Kemaman.

Saya merasa amat berbangga kerana Zoo ini merupakan Zoo yang terbesar sekali di Terengganu.

Jika dibandingkan dengan Zoo Teruntum, Kuantan...
jauh panggang dari api.....

Datang jangan tak datang pada 11 April 2009 untuk majlis perasmian.

Datanglah awal sikit. Manalah tau kot-kot dapat belon percuma.

.

RINTIHAN ISTERI 9


Jika suami anda jenis yang lemah lembut, memang banyak 'khasiat'nya.

Bagaimana pun, mungkin suami anda bukan sahaja lembut tetapi suka menyimpan segala rahsia dan keperluan naluri dalam diri sendiri.

Beliau kurang berinteraksi dengan anda walaupun dia tahu bahawa anda bersifat memahami.

Kurangnya komunikasi menyebabkan anda terus menerus dahaga kerana kurangnya belaian dari suami anda.


.

RINTIHAN ISTERI 8


Kepada yang bersikap egois, bukan sahaja suka memerintah tetapi asyik kena dengar cakap dia sepanjang masa.

Dia kata merah, merah lah. Kuning,kuning lah

Sampaikan bab anda yang sentiasa dahaga, anda yang berputih mata.


.

RINTIHAN ISTERI 7


Lain padang lain belalangnya.

Lain lubuk lain lah ikannya.

Lain suami, lain pula ragamnya.

Rupa, saiz badan dan hati semua berbeza.

Ada suami yang bersikap egois, ada yang lemah lembut, ada yang penyayang dan ada yang senang dibuat kira bicara.

Apa pun jenis dan ragam suami anda, yang pastinya anda tetap dahaga dan dahaga.

Anda perlukan belaian 3 kali seminggu tetapi suami anda hanya service 3 kali sebulan.

HATI MANA TAK SAKIT ???


.