19 April 2009

APA DAH JADI 10


Ini gambar macha yang saya terlupa nak tanya nama dia.



Dalam ramai-ramai petugas PKR @ Skuad AMK, macha yang sorang ni paling rajin.

Dia jaga jalan sejak Maghrib (belum hujan), masa kilat sabung-menyabung, masa guruh 'bergegaran', masa tengah hujan dan hinggalah masa lepas habis ceramah.

Mulut dia tak henti-henti arah itu ini sampai serak.

Petugas-petugas Melayu hanya kelihatan selepas hujan reda dan semasa kedatangan VIP.

Saya bukan saudara macha tu dan hanya mengenali beliau pada malam tu.

Saya harap pihak-pihak berkenaan beri perhatian lebih sikit padanya.

Kalau ada mee hoon goreng lebih, air kotak lebih, beri pada dia.....

Saya takut dia masuk UMNO, PKR juga yang rugi.....


.


APA DAH JADI 9


Permandangan di atas jalanraya depan tempat ceramah Datuk Seri Anuar Ibrahim

Guruh bergegaran(?) dan kilat sambung menyabung.

Dalam hari risau gak takut-takut tak ada orang.





Kelihatan para peserta/pendengar setia ceramah sedang berteduh di bawah khemah/payung rakan-rakan seperjuangan.



Jeng, jeng, jeng....

Inilah kedai saya.


Hujan berhenti (agak reda) selepas 9.00 malam.

Sejak tu para pendokong REFORMASI datang berduyun-duyun, berasak-asak.

Situasi seperti ini saya tak pernah alami walaupun dah agak lama berniaga di tempat-tempat ceramah.

Saya sengaja tak nak letakkan gambar semasa pengunjung tengah ramai sebab nanti ada 'orang' jeles lak.


.

TESTIMONI 19


(lagi-lagi testimoni ambik gambar orang tua jer.... Tak ada anak dara ker?)

(bukan tak ada.... Saya takut laptop saya kena rebossss...)


Nama : Tengku Syarifah

Alamat : Pulau Tempurung, Jalan Air Putih, Kemaman.

(Ala... kampung ni tak besar mana pun. Kalau tanya orang kat depan Sekolah Pusat tu mesti jumpa Tok Wan ni)

Testimoni ni tak kurang menariknya.

Dia mengidap penyakit buah pinggang dah lama.

Tak boleh bangun, tak boleh berjalan dan sakit seluruh sendi.

Dia dah jumpa doktor kat hospital.

Tak tau la hospital mana.

Doktor tu kata tak ada ubat, biasa la sakit orang tua.

Lepas mencuba lima sachet Kopi Sarang Burung, dia boleh datang sendiri ke Pasar Chukai dan yang pentingnya dia beli lagi 10 sachets kopi.

Mungkin lepas dapat duit Welfare, dia akan beli 3 kotak !!!


.




TESTIMONI 18



(sila click pada gambar untuk wajah yang lebih jelas. Bibir Tok Wan dah kemerah-merahan, senyum ceria dan muka berpeluh)



(ini permandangan di atas meja saya di Pasar Chukai. Disebelah kanan kopi tu ada baja VERMIKOMPOS (saya bikin sendiri ). Kelihatan juga buku "KUALITI BERGANTUNG KEPADA ANDA")



Nama dia Cik Long

Asal : Kg Fikri, Kemaman.

Kisah Tok Wan ni sangat menarik.

Bulan lepas di datang ke meja tempat saya berniaga di Pasar Chukai.

Dia tanya saya sama ada saya ada jual ubat lelah.

Saya kata tak ada.

Saya sebenarnya masih ragu-ragu nak katakan bahawa Kopi Sarang Burung ni sangat baik untuk pengidap penyakit lelah dan paru-paru berair.

Maklumlah, orang tua.

Beras dia pun Welfare yang tanggung.

Kalau tak berkesan, bimbang gak takut dia berpakat ngan anak beranak dia usung meja saya, masuk dalam sungai.

Tapi kalau nak cuba Kopi Sarang Burung, boleh lah.

Saya beri dia secara percuma 1 sachet kopi.

Seminggu kemudian dia datang lagi ke tempat saya berniaga dan beli satu kotak Kopi Sarang Burung.

Selepas dua minggu (17 April 2009), dia datang lagi untuk dapatkan satu kotak Kopi Sarang Burung.

Saya nampak perubahan yang amat ketara pada wajah Tok Wan ni.

Kalau dulu, masa kali pertama datang, nampak pucat, tidak bermaya dan nampak susah nak bernyawa.

Bila dia datang kali ini, terdapat banyak peluh pada mukanya.

Tok Wan ni juga beritahu kencing manisnya dah turun dan buang air mudah dan lebih banyak dari biasa.

Cuba click pada gambar untuk nampak lebih jelas.


.

TESTIMONI 17






Identiti : RAHSIA (atas permintaan tuan punya diri)

Beliau sangat berpuas hati dengan Kopi Sarang Burung.

Kelihatan ditangannya sekotak kopi.


.

TESTIMONI 16





Encik Alias Bin Jusuh

Kg Tempurung, Chukai, Kemaman.

09-858 7214

Setelah mencuba beberapa sachet Kopi Sarang Burung, beliau dapati senang buang air besar dan keluar najis hitam.


.