31 Mac 2009

TONGKAT ALI


Pokok Tongkat Ali merupakan pokok yang suka menyamar dengan menggunakan pelbagai "nickname". Antaranya ialah penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit, payung ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang, tongkat rasul dan setunjang bumi.

Kegunaannya yang utama ialah untuk mereka yang "nak panjat batang licin, nak jolok galah tak sampai". Dengan kata yang lebih manis, bahan yang boleh membantu mereka yang bermasalah dengan syahwat. Aduhai...!!!

Ia juga boleh meningkatkan paras testosterone iaitu hormon yang diperlukan untuk fungsi kelakian.

Selain pada itu, ia juga boleh merawat pening kepala, kurap, disentri, bengkak, anti kanser, anti radang dan anti oksida.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan