19 April 2009
APA DAH JADI 10
Ini gambar macha yang saya terlupa nak tanya nama dia.
Dalam ramai-ramai petugas PKR @ Skuad AMK, macha yang sorang ni paling rajin.
Dia jaga jalan sejak Maghrib (belum hujan), masa kilat sabung-menyabung, masa guruh 'bergegaran', masa tengah hujan dan hinggalah masa lepas habis ceramah.
Mulut dia tak henti-henti arah itu ini sampai serak.
Petugas-petugas Melayu hanya kelihatan selepas hujan reda dan semasa kedatangan VIP.
Saya bukan saudara macha tu dan hanya mengenali beliau pada malam tu.
Saya harap pihak-pihak berkenaan beri perhatian lebih sikit padanya.
Kalau ada mee hoon goreng lebih, air kotak lebih, beri pada dia.....
Saya takut dia masuk UMNO, PKR juga yang rugi.....
.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Asyik-asyik berniaga kat ceramah PKR dan Pas. Kat ceramah UMNO tak pegi ke?
BalasPadamHajat dihati memang ada, tapi tak pernah dapat jadual.
BalasPadamBila dah lepas baru tahu.
Lagi pun ceramah Umno dah ada hari-hari kat TV.