09 April 2009

SERAM

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.

Setiap pesakit yang ditempatkan di situ pasti akan meninggal pada setiap pagi Jumaat tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.

Perkara ini sangat membingungkan para doktor...

Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut.

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya...

Beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut.

Seorang lelaki sedang tidur di katil misteri........

Masa berputar...

Pukul 8.00am...

8.30 sehingga jam 9.00am...

Tiba-tiba...

Pintu bilik ICU itu terbuka...

Kemudian masuklah Mak Cik Bedah...

Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas pada hari Jumaat.

Masuk...

...mendekati katil keramat tersebut...

...dan terus mencabut soket eletrik untuk alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan plug vacum cleaner nya...


.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan