11 Mei 2009
MASALAH WANITA
PENYAKIT KEPUTIHAN (leuorrhea)
Jangan ambil mudah jika cik puan terkena penyakit ini.
Jika penyakit ini dibiarkan berlarutan, ia akan menyebabkan masalah dalaman lain seperti frigid.
Frigid ialah keadaan di mana vagina menjadi kurang sensitif terhadap sentuhan.
Bagi yang dah bersuami, penyakit ini dikenali juga sebagai penyakit kedinginan seks.
Penyakit keputihan juga adalah penyebab kemandulan.
RAWATAN 1
Ambil pokok herba temu kunci, temu lawak, kayu rapat, daun beluntas dan kunyit hidup.
Bahan-bahan di atas hendaklah dihiris nipis-nipis.
Rebus ramuan tadi hingga mendidih dan airnya tinggal 30% dari kandungan asal.
Air rebusan ini hendaklah diminum sekali sehari.
Setiap kali hendak minum, panaskan dahulu dan minum ketika suam.
RAWATAN 2
Ramas 10 - 20 helai daun sirih ke dalam besen yang berisi air.
Basuh vagina dengan air ini pada setiap kali selepas membuang air kecil.
RAWATAN 3
Rebus daun sirih dan minum air rebusan untuk mendapat kesan yang optimum.
Air rebusan daun sirih juga boleh membantu merawat kegatalan disekitar bahagian alat sulit akibat bakteria penyakit keputihan.
RAWATAN 4
Gunakan minyak pati daun sirih untuk disapu pada celah alat sulit bagi menghindarkan bau yang tidak menyenangkan.
Daun sirih telah terbukti mengandungi fenol yang merupakan antiseptik yang kuat.
RAWATAN 5
Air rebusan daun inai boleh juga digunakan seperti RAWATAN 3.
RAWATAN 6
Minum segelas Kopi Rafflesia pada sebelah pagi dan segelas lagi pada sebelah malam.
Selepas hari ke tujuh, minum segelas sehari sahaja secara berterusan.
Waktu yang paling sesuai meminum Kopi Rafflesia ialah pada masa perut kosong.
Cik puan dilarang sama sekali meminumnya pada masa datang bulan kerana dikhuatiri pengeluaran haid akan terhenti.
.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan