14 Jun 2009
RINTIHAN ISTERI 19
Saya seorang isteri bekerja berusia 35 tahun, masih mempunyai bentuk fizikal yang menarik.
Saya berkahwin sejak 13 tahun yang lalu dan mempunyai dua orang anak.
Suami pula berusia 45 tahun, tetapi sejak berusia 40 tahun dia mengidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan tahap kolestrol tinggi.
Dia juga pernah menjalani amputasi seruas di jari kaki kiri disebabkan oleh penyakit kencing manisnya dan kini semua penyakit yang dihadapinya dalam keadaan terkawal.
Sejak mengidap penyakit itu, prestasi seksnya menurun dan kami jarang melakukan hubungan seks sejak 5 tahun kebelakangan ini.
Ini kerana suami saya mengalami kegagalan ereksi dan tidak berupaya melakukan penetratif.
Saya telah cuba merangsang dia dengan pelbagai cara tetapi masih tidak berjaya.
Keadaan ini menyebabkan jiwa saya tertekan, memandangkan saya masih muda tetapi kurang mendapat layanan batin sejak berusia awal 30-an.
.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan