19 April 2009

APA DAH JADI 10


Ini gambar macha yang saya terlupa nak tanya nama dia.



Dalam ramai-ramai petugas PKR @ Skuad AMK, macha yang sorang ni paling rajin.

Dia jaga jalan sejak Maghrib (belum hujan), masa kilat sabung-menyabung, masa guruh 'bergegaran', masa tengah hujan dan hinggalah masa lepas habis ceramah.

Mulut dia tak henti-henti arah itu ini sampai serak.

Petugas-petugas Melayu hanya kelihatan selepas hujan reda dan semasa kedatangan VIP.

Saya bukan saudara macha tu dan hanya mengenali beliau pada malam tu.

Saya harap pihak-pihak berkenaan beri perhatian lebih sikit padanya.

Kalau ada mee hoon goreng lebih, air kotak lebih, beri pada dia.....

Saya takut dia masuk UMNO, PKR juga yang rugi.....


.